Monday, April 27, 2009

Lirik : Permata Untuk Isteri

Memalam dengar lagu ni best jugak.. sambil study.. walaupun agak xsesuai dgn situasi.. yela aku kan ehem2 lagi..huhu.Lagu ni agak klasik.. n bagi aku agak mendamaikan..hehe..layan jerr..

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Sunday, April 26, 2009

Merapu..je time2 study week.

Lagi beberapa hari nak final untuk last paper.. tp xleh nak fokus la... byk hal aku fikir..nape...napee napee??? y?y? n y?how?how? n how?  xtau cmne nak mula la pulak... nak dapat mood study ni kadang2 susah la jugak kalo xterpaksa...kalo esok nak exam tu sehari 1 buku leh hbs.. tapi kalo seminggu nii..liat la pulakkk..hadeii.skarang aku duduk kat umah mak cik pulakk.. so xde feel belajar maa.. nak main je tau.. pikir2 nape xnak start2 study ni.. dah byk kali pegang buku.. buka.. pastuu ...zZzzzz...hurmm.Then baru aku tauu... kalo kat kolej.. ada benda palam telinga aku.. huhu..aku lupa bawa headphone leee... patot le xnak study2... sbb byk pikir....kalo palam telinga xla aku terawang2... tgk sana sini... mcm monyet la pulakk..hehe.ntah pape.. 

Petang td, mak cik aku bawa g jejalan g pasar malam.. yuhu.. asal datang umah dia.. mcm2 aku dapat.. ni buat aku segan nih..dalam segan tu pon bila dia tanya nak apa.. aku tunjuk je apa aku nakk.. "nak air apa?"... "adik nak ice blended boleh??"(hihi..sepupu aku yg kecik pon sokong.. yela mama.. nak ice blended..yes2!!) "nak makan apa?".. "ermm nak yong tau fu leh x.. xnak makan nasi lah..adik  xlalu"( demand..huhu.biar le skali skala je pon..ngeh2).Tu la aku.. segan tp... hurmm... Bila aku xnak datang umah mak cik aku sebb segan.. pak cik aku terasa la pulak pastu ckp  kat abah aku yg aku xnak dtg umah dia la pulakk.. hurmm serba salah aku.Bukan xnak dtg.. tp xnak menyusahkan.. ntah apee la aku pikir ni.. aku pon xpaham da..so.. abah aku ckap.. hg kena p jugakkk.. xleh wat perangai lagu tuu depa tu sedara kita ... haiya... kena la bertindak mengikut arahan bos(aku takot kat bos n sayang amattt dekat dia hehe).OK BOS!! So demi mengambil hati org2 tua.. i dah dah ade kat umah mak cik aku..yuhuuUu...dapat la pulak t-shirt sepasang n blouse sehelai.. event yg mak cik aku punya..dah oreng bagi.. amik jelerrr..

Kira punya kira.. 5/5/2009 selasa ptg aku mayb dah kat kedah.. yeaaAA..  xsabarnyee.. Roomate aku tanya.. kalo hg balik umah nnt apekebendaa yg hg nak buat???  haha..ape lagi.. kek la.. (hurmm bulat pulak le cuti ni) xpun g jejalan... bw anak sedara aku jalan2.. arghh xsabarnye.hurmm.. pikir balik xkan tu je aktivitinye?? ntah la belum difikirkan lg.dok je la tersepuk dalam rumah tuu.. nak p jalan mana sgt aih.huhu.Soo... sekarang dah p study.. main byk betol minah sekoq neh.. Sbb xde mende nak letak.. so akan aku merapu merapat kat sini..huhu.daaa

Saturday, April 25, 2009

Penyimpanan Data Online Secara Percuma

Kini ada beberapa servis penyimpanan data online secara percuma diinternet.Antara yang popular adalah Skydrive, ADrive, Google, box.net dll.Untuk menggunakannya, perlu mendaftar dan transfer files melalui webinterface atau 3rd-party software seperti Gladinet.

Microsoft Windows Live SkyDrive is a free online storage service,offering up to 25GB of disk space.http://skydrive. live.com

ADrive offered 50GB FREE Online Storage.http://www.adrive. com/

For easier access to online storage services, introducing Gladinet.http://www.gladinet .com/Gladinet is a free Windows application that makes it easy to view andmanipulate files stored in online services like Google Docs, PicasaWeb Albums, Windows Live Skydrive, ADrive and Amazon S3. Instead ofusing the web interface in a browser, Gladinet mounts a network driveand lets you access the files from remote servers in Windows Explorer.

New Start or what?

salam, dah lama xtulis.. so terasa nak menulis malam ni.. sebelum ni aku tutup blog ni, mulanya nak edit.. nak tukar template dia tp tetiba je ade je post aku yg terdelete.hurmm.. xpelah.dah terkebumi..nak wat cmne lg.so skrg aku buka balik sbb dah dpt semangat br... br xla bru sgt.xde keje.. melihat roomateku yg tdo nyenyak.. terasa mcm best lak kalo leh tdo cmtu..malangnye jadual tdo dah berubah sejak start study week.. asal tgh malam je dah xleh tdo.. mata nak merayap la pulak.. hurm...

Esok akan tercatat 1 lg sejarah keluarga aku.. tokwan aku kawin.Maghrib td aku telefon dia.. nak ucap tahniah le kononnye..hurmm.. sedey jugak bila tokwan aku tanya... xbalik ke??? terpaksa la aku ckp ada exam walaupun ada cuti seminggu ni... hurmm...aku ingat dia kawin bulan 5.. tetiba je dpt panggilan telefon makcik aku yg kreko.. "apa ghasa nak dapat tok baru?" aku ckp baguih laa.. leh dpt baby baru..hehe.(xlogik2..tokwan aku dah 70++ n bakal tok aku 59).saja berseloroh ngan mak cik aku yg ska usik aku tu..kalo dia telefon..ade je yg nak dia leterkan..hurm.. so aku dah xleh ubah jadual aku. mggu ni nak kena g umah makcik aku.. amik bebarang utk masuk umah baruu... yeaa... xyah dok kolej dah.(adakah ini satu petanda buruk?atau akan berlaku keajaiban??? misteriiii..hehe).so grandfather i m sorry la.. i belikan hadiah utk u ok...(hurm nak beli ape?? aku tanya td xpulak dia ckp.xkan nak beli botol susu lg?xsurpriseee..akan ku pikirkan apa yg sesuai.)

So , tggl lg 1 paper.. 2/5/2009 is the last..yuhuUu..pastu leh balik kampung.Boley la jumpa tok baru aku..lalala..n yg plg spesial adalahhh... anak buah akuu.. waa rindunyerrr.. dah boleh jalan..jelesnye abang aku bawa dia jalan..uhuk sggh xadil!!. hmm walaupun agak tertekan dgn paper yg berderet2.. tp syukur la dah nak hbs.Harap2 xde la yg repeat.Kalo ade. hurmmm repeat je la.Ok tu je rasanye repekkan aku.. nak cuba tdo sb esok da nak try naik komuter sengsorg.nak g umah makcik aku.hurmm tula waktu kwn2 ajak xnak pegi.. skrg sape susah.. terpaksa belajar sendiri..huhu.ok adioss.

Saturday, March 7, 2009

Tazkirah Remaja: Usah buang masa remaja

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

SAAT paling manis dalam kehidupan ialah waktu remaja. Semuanya indah dan berseri. Badan kuat, kulit tegang, minda pun cerdas dan sentiasa ceria tanpa bebanan membuatkan hati girang.Justeru, remaja menjadi harapan bangsa, negara dan agama malah 1,001 harapan digalas di atas bahu remaja.


Tidak hairanlah semua ideologi mensasarkan remaja sebagai penerus kesinambungan perjuangan. Malah untuk merosakkan satu-satu bangsa selalunya diawali dengan merosakkan remaja.Al-Quran ada menceritakan banyak teladan remaja.


Cerita remaja Ashabul Kahfi memang patut dicontohi. Ketika manusia seluruhnya hanyut dalam sandiwara, leka dunia, mereka teguh lari menyelamatkan iman.Menurut riwayat, ada kalangan mereka agak rock, ada yang beranting-anting, bersubang dan berambut panjang tetapi roh agama membuatkan mereka tidak hanyut dalam kelekaan. Begitu juga Saidina Ali dalam usia sembilan tahun berani menjadi galang ganti Rasulullah, tidur di katil nabi laksana menggadai nyawa pada malam hijrah nabi.



Ramai remaja tertipu hidup berfoya-foya, ke hulu ke hilir tak tentu arah, asyik hendak berseronok saja, kadang-kadang terjebak dalam pelbagai skandal yang akhirnya merenggut kenikmatan remaja.


Antara sebab remaja sanggup membuat apa saja, asal seronok kerana mereka fikir remaja hanya sekali saja, bersukaria sepuas-puasnya. Peluang hanya sekali saja. Bila tua terlepas segalanya. Inilah bisikan syaitan penuh racun yang menghancurkan remaja sepanjang zaman.Remaja bukan sekali.


Remaja sebenarnya dua kali, iaitu sekali di dunia dan lagi sekali di akhirat iaitu di syurga. Yang masuk syurga menurut satu hadis nabi ialah yang berumur lingkungan 30 tahun iaitu umur Nabi Isa.Kenapa kita mudah tetipu dengan slogan iblis yang penuh racun itu? Slogan yang ingin mengajak dan meramaikan penghuni neraka.


Ini sebenarnya juga berpunca daripada salah tafsir mengenai keseronokan. Bila kita lihat kawan kita terbabit lumba haram, kita berasa mereka sangat seronok. Tanpa fikir panjang kita pun kepingin menurut mereka, yang kononnya seronok. Akhir sekali, itu sajalah kita seronok dan selepas itu merana sepanjang hidup.Remaja melihat pula mereka yang hidup bebas tanpa pegangan agama ‘free love’ membawa ‘free sex’ terasa seronok terus mengidam.



Tetapi rupanya sekali itu sajalah seronok dan selepas itu merana dengan anak luar nikah, malah pelbagai penyakit dan risiko.


Begitu juga dengan dadah dan segala pil khayal, berasa seronok konon melihat remaja lain mabuk dalam lautan khayalan terus mencontohi mereka malah menjadi pelanggan dan penagih utama.


Keseronokan yang diharap rupanya kemudaratan yang berpanjangan melilit kehidupan. Demikianlah silap tanggap mengenai ketenangan dan keseronokan.


Betul sungguhlah ajakan syaitan, iaitu muda hanya sekali dan bererti mereka hanya muda di dunia saja. Tidak dapat mereka menikmati muda kali kedua di akhirat iaitu muda di syurga.


Kenapakah ramai remaja tidak melihat sekumpulan remaja lain yang bukan saja berjaya dalam hidup tetapi juga tenang wajah dan watak mereka, selepas bekerja dengan tekun bila terdengar azan Zuhur mereka bergegas ke tempat solat, membasuhi wajah dengan air wuduk kemudian dahi cecah ke sejadah, berzikir berdoa tak lekang di bibir.


Selesai solat, sambung kerja dengan tekun dan tenang. Bila datang waktu Asar lagi sekali menghadap Allah ulangi lagi kemanisan beribadah. Wajah berseri rumah tangga bahagia badan pun sihat. Di syarikat kadangkala golongan ini menjadi ikutan.


Pelbagai majlis ilmu menjadi tumpuan sebagai santapan rohani dan minda. Mereka juga berhibur dalam batasan agama dan norma ketimuran penuh adab sopan.


Mereka inilah yang mungkin mendapat muda dua kali, sekali ketika di dunia, kerana menjaga nikmat remaja di dunia mereka dapat kali kedua remaja di syurga yang kekal abadi.