Sunday, May 31, 2009

Yessszaaa...Dah Dapat!!!


Hurm malam ni aku tulis dua post sekali.. buku yang aku cari2 tu dah dapat.. hehe.. gembira rasanya.. Buku Aku terima nikahnya.. aku jumpa dekat PKNS  dan buku ke-2 Bercinta sampai ke syurga(sambungan Aku terima nikahnya) , aku beli dekat Jusco Bukit Tinggi dekat kedai popular(1st time sampai Jusco tu..huhu sebab da terpengaruh dengan pak cik teksi yg Jusco tu Jusco terbesar asia la apakebenda.. ntah betol ke x...tapi memang besar, sakit kaki den..huhu.hari sebelum hari konvo lak tuh..huhu).Erhm buku ni mmg best.. tp macam untuk orang yang nak kahwin pon ada jugak..huhu.tp xpe yang penting konsepnye motivasi..hhehe.Memang bagus buku ni.. bila dok Shah Alam yang banyak dugaan nih.. so boleh la kuatkan semangat dengan kata-kata Ustaz Hasrizal tue.. TQ Ustaz. Inilah caranya.. nak mencari sesuatu ilmu, semuanya bergantung pada diri sendiri.. antara mahu dan xmahu sahaja.Hendak seribu daya, xhendak seribu dalih.





Hari KonvokesyenKu Yang Pertama.

Terima kasih dekat abah dan mak yg sanggup datang pada hari konvo adik.. amat terharu rasanya bila abah dan mak datang, lebih-lebih lagi bila dapat tahu yang mak demam tapi nak jugak datang dan buat baju dekat adik.. terima kasih mak dan abah sebab sanggup berkorban masa dan wang tanpa mak , abah juga adik shauqi, shakir, dan syafini mungkin hari konvokesyen tu tiada makna.Koranglah yang menyerikan hari bersejarah adik tu.Akan adik cuba berusaha bersungguh-sungguh  dan buat sehabis baik untuk yang akan datang.

Pada hari konvo tu, aku ada jumpa puan noraini.. waa rindunya puan usrahku. rasa nak peluk.. tp malu pulak...sebab anak2 dia ada kat belakang..hehe.nanti over pulak dorg ckp.Malunya dengan puan bila dekat Shah Alam ni .. aku jarang ada usrah  dan kurang semangat pulak bila yang handle usrah tu bukanlah lecturer tp seorg kakak.Bukanlah niat aku nak memperkecilkan kakak tu cuma.. semangat yang puan noraini tunjukkan masih tiada tandingannya setakat ini kerana dialah orang yang mula2 aku jumpa untuk masuk usrah untuk belajar agama walaupun hanya untuk sementara.Wahh rindunyeerr.. UiTM Arau.Suasana begitu berbeza di UiTM Shah Alam.. begitu banyak dugaan.. Kadang-kadang terasa bukan dinegara sendiri sebab dikelilingi oleh orang asing(bangla, myanmar, dll) sampai nak keluar pon jadi takut..hurmmm.

Pada hari konvo ni jugak aku ada jumpa kawan abang aku, si A'a. Dia pon berkonvo sekali and for the 1st time dia cakap dengan aku secara live..huhu.ambik kau...jumpa jugak akhirnya nak xnak kena jugak cakap. Lagi aku jumpa naim, abang rozaini, firdaus , wan amalina dan ramai lagi..waa.. bestnye tengok diorang . dah berjaya.. aku baru berjaya takat diploma.. hurmmm.. xpe. buat sehabis baik utk degree pulak.caiyok3!

So aku harap hari konvokesyen aku kali ke-2 dan insyaAllah seterusnya.. akan baik2 aje.. InsyaAllah kalau ada peluang akan sambung pelajaran sampai master dan phd... kalo xde kesempatan..  redho je lerr..huhu.Kita merancang..Tuhan yg menentukan.

Sunday, May 10, 2009

Cerita Di Sebalik Lewat Mengerjakan Solat



Aku copy entry orang lain untuk simpanan aku.Sebagai manusia biasa, aku harus belajar.. belajar.. dan walaupun dah belajar..jarang untuk diamalkan dan diperingatkan... maka akan lupa la semua yang aku sudah belajar juga liat untuk aku mulakan semula. Bila mengingatkan pepatah hari ini lebih baik dari esok.. membuatkan aku ingin mencari sesuatu untuk diri aku dan membetulkan apa yang telah menyimpang.Kenapa selalu lewat mengerjakan solat?? Kenapa tidak merasai nikmat apabila melakukan solat? hurmm... kalau tak merasai nikmat.. ibarat macam tak solat la.. Macam Mana aku nak buat?? hummm... dengan kecanggihan teknologi, semuanya dihujung jari.Kita boleh memilih untuk yang terbaik untuk diri sendiri.Ilmu itu akan datang jika kita cari dan akan kekal kalau diamalkan.Cuba mencari booster  untuk diri sendiri.....
..........................................................................................................................................................................

Renungan Kita Bersama. Sembahyang Akhir Waktu. Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya.

Kisahnya... Setiap kita ada malaikat. 
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol disetiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya. MasyaAllah.

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit kedua. Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan. Dilangit ketiga, La.. kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita. 
Jatuh berderai amalan kita.

Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka 
tak sampailah amalan kita kepada Allah.. Seolah- olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya. Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa. Ish. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dah lah tu takde nilai, kena azab lagi nanti.

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu. 
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak. Amin. Kepada yg selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu, dan waktu solat asar hampir dengan azan maghrib. ataupun yang sengaja meninggalkan solat.. ataupun dan biasa tinggal solat... renungilah.


Friday, May 1, 2009

Tak Boleh Buai??

Aku dapat artikel ni dari blog ummu saif, so aku save kat sini so that bleh la baca balik.Bukan ape..kehidupan aku di sekelilingi oleh sepupu-sepupu aku yang masih baby.. hehe. So it is important for me to know the effect kalo timang baby.Sebenarnya aku bukan sengaja nak baca.. tetiba jumpa...dan sekarang pun kalo aku g umah mak cik aku..aku kena jaga baby. So maybe this is such a guide for me la.. huhu.

..............................................................................................................................................................................

SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif.  Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi.  Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.



SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

  1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
  2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
  3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
  4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.