Sunday, May 31, 2009

Hari KonvokesyenKu Yang Pertama.

Terima kasih dekat abah dan mak yg sanggup datang pada hari konvo adik.. amat terharu rasanya bila abah dan mak datang, lebih-lebih lagi bila dapat tahu yang mak demam tapi nak jugak datang dan buat baju dekat adik.. terima kasih mak dan abah sebab sanggup berkorban masa dan wang tanpa mak , abah juga adik shauqi, shakir, dan syafini mungkin hari konvokesyen tu tiada makna.Koranglah yang menyerikan hari bersejarah adik tu.Akan adik cuba berusaha bersungguh-sungguh  dan buat sehabis baik untuk yang akan datang.

Pada hari konvo tu, aku ada jumpa puan noraini.. waa rindunya puan usrahku. rasa nak peluk.. tp malu pulak...sebab anak2 dia ada kat belakang..hehe.nanti over pulak dorg ckp.Malunya dengan puan bila dekat Shah Alam ni .. aku jarang ada usrah  dan kurang semangat pulak bila yang handle usrah tu bukanlah lecturer tp seorg kakak.Bukanlah niat aku nak memperkecilkan kakak tu cuma.. semangat yang puan noraini tunjukkan masih tiada tandingannya setakat ini kerana dialah orang yang mula2 aku jumpa untuk masuk usrah untuk belajar agama walaupun hanya untuk sementara.Wahh rindunyeerr.. UiTM Arau.Suasana begitu berbeza di UiTM Shah Alam.. begitu banyak dugaan.. Kadang-kadang terasa bukan dinegara sendiri sebab dikelilingi oleh orang asing(bangla, myanmar, dll) sampai nak keluar pon jadi takut..hurmmm.

Pada hari konvo ni jugak aku ada jumpa kawan abang aku, si A'a. Dia pon berkonvo sekali and for the 1st time dia cakap dengan aku secara live..huhu.ambik kau...jumpa jugak akhirnya nak xnak kena jugak cakap. Lagi aku jumpa naim, abang rozaini, firdaus , wan amalina dan ramai lagi..waa.. bestnye tengok diorang . dah berjaya.. aku baru berjaya takat diploma.. hurmmm.. xpe. buat sehabis baik utk degree pulak.caiyok3!

So aku harap hari konvokesyen aku kali ke-2 dan insyaAllah seterusnya.. akan baik2 aje.. InsyaAllah kalau ada peluang akan sambung pelajaran sampai master dan phd... kalo xde kesempatan..  redho je lerr..huhu.Kita merancang..Tuhan yg menentukan.

No comments:

Post a Comment