xlama lagi nak raya cina.. bleh balik rumah.. yaY! xsabar nak jumpa tok , mak n abah tersayang... xlupa jugak adik perempuan aku yg tembun tu..hehe.. So pagi ni nak share apa yer??? ermm aku pilih email dari seorang kawan aku.. email terpilih adalah...bertajuk ..
Sahabat
Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya…
Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya…
Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya…..
Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya….
Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna…
Tapi bersahabatlah kerana Allah…
p/s : ikhlaskan hati untuk segala benda yang kita buat adalah kerana Allah.
Allahumma, aku terjaga olehmu dalam nikmat afiat (keselamatan dari mara bencana), dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmatMu, afiatMu dan penjagaanMu itu atasku, di dunia dan akhirat. -Al-Ma'thurat-
No comments:
Post a Comment