Temanku,
Allah mencipta manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.
“Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.” (surah al-Tin : 4).
note : puisi ni aku ambil dalam novel tautan hati.
Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
“Allah akan mengangkat orang beriman diantaramu dan orang berilmu beberapa darjat”. (Surah al- Mujadilah: 11)
Temanku ,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.
Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu ,tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
“Youu are the best ummah.”(Ali Imran :110)
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa.”(Al-Hujurat :13).
Jelaskan visi perjalanan,
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
“Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) namam Tuhanmu yang menciptakan.” (Al-Alaq 1-2)
Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung – ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia.Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana menerima tugas tetapi tidak melaksanakan.”(Al-Ahzab:72)
Ketinggian seseorang kerana iman,
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang- orang yang beriman.”(Ali-Imran:139)
Lantaran itu, carilah reda Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha x istiqamah – malas / masa +yakin,
Asas kejayaan,
“Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri”( Ar-Ra’ad:11) .
“Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan Allah dan Rasulnya kepada mereka dan berkata : cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah,(tentulah yang demikian lebih baik bagi mereka).” (at-Tawbah :59).
Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian yang dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau reda, sabar dan terus berusaha,
Tapi kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.
Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan.
Berjuanglah temanku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di syurga.
No comments:
Post a Comment