Tuesday, June 8, 2010
Sinergi Rumahtangga Bahagia
http://puteraazhari.blogspot.com/2010/06/sinergi-rumahtangga-bahagia.html
Wednesday, June 2, 2010
Kisah Ibrahim Bin Adham
Banyak rupanya kisah sejarah dari manusia bernama Ibrahim bin Adam ra, Hidup dizaman Nabi Khidir as.
Baik bersama kita membaca artikel ini yang tidak aku ketahui siapa penulis asalnya.
Suatu hari, Ibrahim bin Adham didatangi oleh seseorang yang sudah sekian lama hidup dalam kemaksiatan, sering mencuri, selalu menipu, dan tak pernah bosan berzina. Orang ini mengadu kepada Ibrahim bin Adham,
“Wahai tuan guru, aku seorang pembuat dosa yang rasanya tak mungkin boleh lari dari kubangan maksiat. Tapi, tolong tunjukkan aku seandainya ada cara untuk menghentikan semua perbuatan tercela ini?”
Ibrahim bin Adham menjawab,
“Kalau kamu boleh berpegang pada lima hal ini, nescaya kamu akan dijauhkan dari segala perbuatan dosa dan maksiat.
Pertama, jika kamu ingin berbuat dosa dan maksiat, maka usahakanlah agar Allah jangan sampai melihat perbuatanmu itu.”
Orang itu terperanjat,
“Bagaimana mungkin, Tuan guru, bukankah Allah selalu melihat apa saja yang diperbuat oleh siapapun? Allah pasti tahu walaupun perbuatan itu dilakukan dalam bilik persendirian, di bilik yang gelap, bahkan di lubang semut pun.”
Wahai anak muda, kalau yang melihat perbuatan dosa dan maksiatmu itu adalah jiran kamu, kawan dekatmu, atau orang yang kamu hormati, apakah kamu akan meneruskan perbuatanmu? Tetapi mengapa dengan Allah kamu tidak malu, sedang Dia melihat apa yang kamu buat?”
Orang itu lalu tertunduk dan berkata,
“katakanlah yang kedua, Tuan guru!”
Kedua, jika kamu ingin melakukan dosa dan maksiat, maka jangan lagi kamu makan rezeki Allah.”
Pendosa itu kembali terperanjat,
“Mana boleh, Tuan guru, bukankah semua rezeki yang ada di sekeliling manusia adalah dari Allah semata? Bahkan, air liur yang ada di mulut dan tenggorokanku adalah dari Allah jua.”
Ibrahim bin Adham menjawab,
“Wahai anak muda, masih mahukah kita makan rezeki Allah sementara setiap saat kita melanggar perintahNya dan melakukan laranganNya? Kalau kamu menumpang makan kepada seseorang, sementara setiap saat kamu selalu mengecewakannya dan dia melihat perbuatanmu, masihkah mampu dan tidak malu untuk terus makan darinya?”
“Sekali-kali tidak! Katakanlah yang ketiga, Tuan guru.”
Ketiga, kalau kamu ingin membuat dosa dan maksiat, janganlah kamu tinggal lagi di bumi Allah.”
Orang itu tersentak,
“Bukankah semua tempat ini adalah milik Allah, Tuan guru? Bahkan, segenap planet, bintang dan langit adalah milikNya juga?”
Ibrahim bin Adham menjawab,
“Kalau kamu pergi ke rumah sesaorang, numpang makan dari semua miliknya, adakah kamu tidak merasa malu untuk memperlekeh aturan-aturan tuan rumah itu sementara dia selalu tahu dan melihat apa yang kamu lakukan?”
Orang itu kembali terdiam, air mata menetes perlahan dari kelopak matanya lalu berkata,
“Katakanlah yang keempat, Tuan guru.”
Keempat, jika kamu masih ingin berbuat dosa dan maksiat, dan suatu saat malaikat maut datang untuk mencabut nyawamu sebelum kamu bertobat, tolaklah ia dan janganlah biarkan nyawamu dicabut.”
Bagaimana mungkin, Tuan guru? Bukankah tak seorang pun mampu menolak datangnya malaikat maut?”
Ibrahim bin adham menjawab,
“Kalau kamu tahu begitu, mengapa masih mahu berbuat dosa dan maksiat? Tidakkah terpikir olehmu, jika suatu saat malaikat maut itu datang justru ketika kamu sedang mencuri, menipu, berzina dan melakukan dosa lainnya?”
Air mata menitis semakin deras dari kelopak mata orang tersebut, kemudian ia berkata,
“Wahai tuan guru, katakanlah hal yang kelima.”
Kelima, jika kamu masih akan berbuat dosa, dan tiba-tiba malaikat maut mencabut nyawamu justru ketika sedang melakukan dosa, maka janganlah terima jika malaikat Malik memasukkan mu ke dalam neraka. Mintalah kepadanya kesempatan hidup sekali lagi agar kamu bisa bertobat dan menambal dosa-dosamu itu.”
Pemuda itupun berkata,
“Bagaimana mungkin seseorang bisa minta kesempatan hidup lagi, Tuan guru? Bukankah hidup hanya sekali?
Ibrahim bin Adham pun lalu berkata,
“Oleh kerana hidup hanya sekali anak muda, dan kita tak pernah tahu bila maut akan menjemput kita, sementara semua yang telah diperbuat pasti akan kita pertanggung jawabkan di akhirat kelak, apakah kita masih akan mensia siakan hidup ini hanya untuk menambah dosa dan maksiat?”
Pemuda itu pucat, dan dengan surau parau menahan ledakan tangis ia menhiba,
“Cukup, Tuan guru, aku tak sanggup lagi mendengarnya.”
Lalu ia pun bangun dan pergi meninggalkan Ibrahim bin Adham. Dan sejak saat itu, orang-orang mengenalnya sebagai seorang ahli ibadah yang jauh dari perbuatan-perbuatan tercela.
Semoga kisah ini menjadi renungan bagi kita bersama dalam setiap langkah kita selagi hidup di dunia.
Sunday, May 9, 2010
Resipi: Donut
Alahai donut... begini rupenye cara nak buat kau..huhu. sungguh pun rupa kau bulat.. teTApi saye tetap suka makan kamu wahai si donut... Oowhh donut...penggarang jantung hati ku~hehe.Wahai budak shah alam~~ sgt jahat angkau bila gelakkan aku kerana donutku xmenjadi..x mengembang bak bunga sekuntum~ sgt kuang asammmm~~ tetApi hatiku sgt cekaLL.. bila yis datang menyelamatkan donut ku...donutku kembali bangkit.... kembanglah..kEMBanglahh wahai dohh si donut..muahaha.. -->> buat dahh..buat dahh... ni ape ni?? berangann je kejenye..haih~ Oklah resipi kali ni adalah donut.Sumbangan resipi oleh abah aku , ex-tukang masak.(kaler donut yang aku goreng xsama la pulak.. xpe.. layan je..hehe.)sekian.
Bahan2nye:-
600gm / 1 kati tepung gandum
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
11gm yis mauripan
air secukupnye
gula aising
cara membuatnya:
1- campurkan yis dengan secawan air sejuk,kacau dan biarkan sementara.
2- campur tepung gandum, susu,minyak,yis yg dicampurkan dengan air tadi.
3- kacau sebati semua bahan tadi dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
sampai menjadi doh.
4- biarkan doh kembang 2 kali ganda
5- ambil doh,dan tekap dgn acuan donut. buat bulat2 pon xpe..asal jadik je..
6- selepas ditekap.. biarkan donut itu naik sedikit dan selepas itu...goreng la...
7- dah goreng, salutkan donut dengan gula..dan siap!! :) makan time..
Tuesday, May 4, 2010
Anak aku..huhu
Buat masa skrg.. ni la anak aku.. kecik lg.. br 6 bulan.. ermm jumpa tepi tangga...sian dia..hehe.Mata dia sempit.. macam abah dia jugak..:D .Apa motif aku letak gambar ni?? saje ngengade..buang mase.. 3d baru siap..hehe,tinggal nak antar je assignment aku ni.. ermm. leh la rehat jap sebelum start praktikal.Hari tu dah g jenjalan kat genting.. best la jugak..leh main2...jerit sana jerit sini.. lepaih cek punya tension..huhu.bukan sesaje nak jerit.. mmg akan terjerit...ermm apa2 ajer.. yang penting..enjoy.. tp anak mama.. jgn ikot perangai abahnye taw.. buaih...huhu. :D abah mama lak yer.. hehe. - malam ngengade-
Wednesday, April 21, 2010
Caiyok2!!
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
walaupon xpandai.. kena ada usaha.. so usaha dulu.. pastu tawakal leww~..apa pun nak jadi.. baca buku dulu~ yum3 sedapnye buku.. buat sup buku pon sodap jugak~...
Exam lagi...
Saturday, April 10, 2010
Sedikit kebahagiaan..ku kecapi..
Friday, March 19, 2010
Bila ku gila......
help me!!!
dah rase cam nak langgar pokok balak bg jatuh jer..uhuk~
kepala otak dah xbetol nehhh..
bodoh betollaaaaa!!
xdpt nak berpikir ni.. apesalll??????!!
jem!! jem!! jem!!
Wednesday, February 24, 2010
Thursday, February 18, 2010
Tazkirah
Renungkan : Al-Hafiz Abu Nu’aim dan al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan daripada imam tabiin ahli tafsir di Makkah yang bernama Mujahid bin Jabr (w. 103 H),
“Sesungguhnya Allah s.w.t. memperbaiki anak cucu seseorang kerana kesolehan dirinya.”
Ucapan serupa diriwayatkan oleh Ibn al-Mubarak dalam kitab al-Zuhd wa a...l-Raqa’iq dari Muhammad bin al-Munkadir (w. 130 H), seorang ulama tabiin di Madinah
p./s copy dr fesbuk ustaz zahazan lah~Thursday, February 11, 2010
Joey Mcintyre - Stay The Same
Chorus
Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly.
Don't you ever say you don't like the way you are.When you learn to love yourself, you're better off by far.
And I hope you always stay the same,cuz there's nothin' 'bout you I would change.
Verse
I think that you could be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside.
Don't be afraid if you've got something to say,
Just open up your heart and let it show you the way.
Chorus
Bridge
Believe in yourself.
Reach down inside.
The love you find will set you free.
Believe in yourself, you will come alive.
Have faith in what you do.
You'll make it through.
Chorus
Saturday, January 30, 2010
Lelaki bersalaman dengan wanita? diringkaskan dari artikel Us Nik Ab rahim Nik Ab Ghani, penulis dalam kolum Maqasid,. SOLUSI
Ummul Mukminin Aisyah r.a pernah bersumpah menafikan Rasulullah s.a.w. pernah menyentuh tangan wanita dalam bai’ah peristiwa hijrah : ‘Demi Allah, tangan baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita pun, baginda hanya berbai’ah dengan ucapan’. (Fath al-Bari 11/345-346 dan Sharh Sahih Muslim 13/10). Hadis ini menjelaskan bahawa bai’ah wanita hanya berlaku dengan ucapan sahaja tanpa bersalaman. (Sharh Sahih Muslim 13/10). Ini disokong oleh satu riwayat lain di mana Umaimah binti Raqiqah r.ah pernah berkata : ‘Aku datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam kumpulan wanita, kami ingin berbai’ah dengannya. Kami berkata : “Kami berbai’ah denganmu wahai Rasulullah bahawa kami tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu, kami tidak mencuri, tida berzina, tidak membunuh anak-anak kami dan kami tidak akan membuat cerita dusta yang direka-reka serta kami tidak akan mengingkari perintahmu pada kebenaran”. Lantas Rasulullah s.aw. bersabda : “Pada perkara yang kamu mampu dan berdaya”. Umaimah menceritakan lagi : “Kami berkata bahawa Allah dan RasulNya lebih mengasihani kami daripada diri kami, ayuhlah kami ingin berbai’ah denganmu wahai Rasulullah”. Lalu Nabi s.a.w menjawab : “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita, sesungguhnya perkataanku kepada seratus orang wanita adalah seperti perkataanku kepada seorang wanita atau seumpama perkataanku kepada seorang wanita”. (HR al-Tirmizi 4/151-152, al-Nasa’i 7/149, Ibn Majah 2/959. al-Tirmizi menyebut : ‘Hadis ini hadis hasan sahih).
Hadis ini adalah nas yang jelas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. tidak bersalaman dengan wanita ketika berbai’ah. Jika Nabi seorang yang maksum tidak bersalaman ketika bai’ah, maka lebih aula hukumnya dalam situasi selain bai’ah. Apabila Rasulullah s.a.w. tidak bersalaman dengan wanita, sudah tentu kita juga wajib mengikut sunnah baginda kerana baginda s.a.w. adalah qudwah dan ikutan kita semua. Dengan dalil-dalil yang sudah jelas dan terang ini, maka tertolaklah segala dakwaan dan hasutan yang cuba menghalalkan perbuatan bersalaman antara lelaki dan wanita. Sesetengah orang berhujahkan keharusan bersalaman dengan wanita melalui hadis Ummu Atiyyah yang diriwayakan oleh al-Bukhari. (Fath al-Bari 10/262). Di sini, saya tidak mahu memanjangkan syubhah-syubhah yang dikaitkan dengan riwayat tersebut. Cukup saya nukilkan penjelasan al-Albani rahimahullah, pakar hadis terkenal : ‘Dan kesimpulannya ialah tidak sahih daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersalaman dengan wanita walaupun ketika peristiwa bai’ah, lebih-lebih lagi dalam situasi ketika bertemu. Segilintir orang yang berhujah keharusannya dengan hadis Ummu Atiyyah yang saya sebutkan tadi sedangkan lafaz bersalaman tidak pernah disebut dalam riwayat tadi dan mereka berpaling daripada hadis-hadis yang jelas menafikan Nabi s.a.w. bersalaman adalah merupakan satu perkara yang tidak keluar dari seorang mukmin yang ikhlas’. (Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 2/55).
Oleh itu, bagi kita umat Islam, tiada yang lebih baik dan lebih utama kecuali mengikuti sunnah dan petunjuk Nabi s.a.w. Dalam era moden sekarang, tidak perlu kita mendakwa untuk meniti arus kemodenan maka kita mesti mengikuti semua budaya barat dan cara mereka. Bahkan sebenarnya, yang menjadi keutamaan kita ialah memperkukuhkan diri kita dengan nilai-nilai murni Islam dalam era modenisasi sekarang. Ini supaya kita tidak mudah terjerumus dan tergelincir dihanyutkan oleh kesesatan dunia hari ini. Mudah-mudahan semua umat Islam mendapat hidayah Allah s.w.t. Amin.
dr facebook ustaz zahazan
Thursday, January 28, 2010
Selamat Pagi ;)
xlama lagi nak raya cina.. bleh balik rumah.. yaY! xsabar nak jumpa tok , mak n abah tersayang... xlupa jugak adik perempuan aku yg tembun tu..hehe.. So pagi ni nak share apa yer??? ermm aku pilih email dari seorang kawan aku.. email terpilih adalah...bertajuk ..
Sahabat
Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya…
Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya…
Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya…..
Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya….
Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna…
Tapi bersahabatlah kerana Allah…
p/s : ikhlaskan hati untuk segala benda yang kita buat adalah kerana Allah.
Allahumma, aku terjaga olehmu dalam nikmat afiat (keselamatan dari mara bencana), dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmatMu, afiatMu dan penjagaanMu itu atasku, di dunia dan akhirat. -Al-Ma'thurat-
Friday, January 22, 2010
Dengarlah Duhai Temanku Sayang
Allah mencipta manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.
“Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.” (surah al-Tin : 4).
note : puisi ni aku ambil dalam novel tautan hati.
Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
“Allah akan mengangkat orang beriman diantaramu dan orang berilmu beberapa darjat”. (Surah al- Mujadilah: 11)
Temanku ,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.
Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu ,tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
“Youu are the best ummah.”(Ali Imran :110)
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa.”(Al-Hujurat :13).
Jelaskan visi perjalanan,
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
“Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) namam Tuhanmu yang menciptakan.” (Al-Alaq 1-2)
Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung – ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia.Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana menerima tugas tetapi tidak melaksanakan.”(Al-Ahzab:72)
Ketinggian seseorang kerana iman,
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang- orang yang beriman.”(Ali-Imran:139)
Lantaran itu, carilah reda Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha x istiqamah – malas / masa +yakin,
Asas kejayaan,
“Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri”( Ar-Ra’ad:11) .
“Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan Allah dan Rasulnya kepada mereka dan berkata : cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah,(tentulah yang demikian lebih baik bagi mereka).” (at-Tawbah :59).
Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian yang dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau reda, sabar dan terus berusaha,
Tapi kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.
Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan.
Berjuanglah temanku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di syurga.
Monday, January 11, 2010
Lirik: Pintu Rindu
Pintu Rindu
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x
Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa
Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x
Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..
Ya Allah....
Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x
Hidup matiku hanya untukmu..
Welcome 2010
owh yer... 2010.. azam...
nape ngan azam?? pakwe aku ke?? xyah la berangan lagi cik alieya oi.. ko tu tgh sedeyh..kan2??hee~ xyah pikir benda bukan2.. ape azam ko utk tahun 2010 nie??
Alieya : oh yeke??sedeyh? yang 2 dah xpntng sekrg, try to forget something rite now...hurm..
Ok skrg yang pntg adalah azam utk taun baru ni.Walaupon dah 11/1/10, aku xrasa
sudah terlambat utk azam taun baru.Well aku dah catat dalam buku sebelum
ni.So kena buat yg terbaik je skrg..Ganbatte!! ingat la perkataan "looking 4ward".It will
motivate u Alieya =P
Azam aku yg telah terlaksana sejak 1/1/10.. hurmm
1 -Bangun pagi mesti solat subuh + mathurat@ al-Quran( hurmm miss kat quran aku...tertinggal kat umah :( ). Try untuk bangun pagi yg panjang dgn membaca mathurat@quran.. sbb aku selalu tido je selepas subuh.. rasa xnikmat lak.. kalo xrasa pagi tu berlalu.. n rasa rugi gak... lagipon mmg xseronok bangun tgh hari..huhu.. sbb tabiat aku tdo lewat.. itu le jadinyerr.. Hurmm ingat pesanan pn usrah aku.. buat sket2.. lama2 boley la.. n ikut buku agenda to change our condition.. buat selama 40 hari.. pastu mesti jadi tabiat punyer.. ooyea.. i trust u buku..
2-breakfast is a must ( hehehehe)
3- solat mesti cukup ( subuh, zohor,asar, maghrib,isyak) sbb ni la ubat hati bg aku.. yg boleh buatkan aku ceria sepanjang hari. dont try to qada2..no..no..no..
4-must do some reading before u sleep ( sekarang tgh menghabiskan novel tautan hati.. sket lg nak hbs... yaY! .. nant boley beli buku baru. =P (ko ade dwet ke cik lieya oii?? )
5- kene kemas dan bersih.. ( yg ni.. ermm sbb aku pemalas kan.. so kena masuk dlam senarai..try to improve.. hehe)
6- puasa hari isnin n khamis.( br nak start esok hehe)
ni je azam aku.. xbyk.. tp harap terlaksana dengan baik dan berjaya dengan cemerlangnyer.. :P .No 1 & 3 tu amat penting..hurmm. owh yer.. sepatutnye aku nak puasa isnin dan khamis.. tp cam xkuat la pulak.. sbb yg 1 & 3 pun.. ermmmmmm... xpe.. aku cuba.. so esok isnin.. wawawa..hari berpuasa.Khamis... boley ke?? balik lambat dr kelas.. isk3.. cuba buat yg terbaik la yerr cik lieya.. but 1 & 3.. ko mesti buat bg dapat A+.hehe. Kalo aku ingat zaman aku g usrah waktu diploma dulu.. puan noraini ada buat jadual utk puasa, baca mathurat, sembahyang fardhu, sembahyang sunat..so akan tick la apa yg dah terlaksana.Dulu dalam usrah aku selalu akan cari peluang untuk duduk tepi puan..hehe.seronok... tp yang xbestnyer.. aku la selalu kena tanya... " ha alieya... minggu ni berapa kali puasa sunat,solat sunat, baca mathurat,quran (pap! peha aku kena tampar)???" dan selalu aku jawab " heheehehe (dalam keadaan terkejut dan sambil tgk muka2 kawan aku yg lain (-,-') )" .Waa.. seronoknyer.. waktu usrah dulu.Boley tanya macam2.. yang paling best.. bab kawin..hehe.Sekarang..dah xde usrah.. kena belajar sendiri... maybe dr buku.. ceramah.. atau apa2 saja yang boley digunakan.. So.. harap dapat buat yg terbaik. caiyok3!!!.