Farwina Faroque December 19 at 1:06pm
(Mesej ini ditulis sepenuhnya oleh Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot)
(Kredit kepada: Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot)
TOLONGLAH SAYA SEMUA...SENYUMAN SEEKOR IKAN LUMBA_IKANLUMBA....
Share
Today at 9:03am
Ikan lumba-lumba adalah binatang yang amat digemari oleh semua lapisan masyarakat. Mereka bijak dan mampu menceriakan sesiapa sahaja. Ikan lumba-lumba adalah mamalia seperti juga kita manusia. Di kebanyakkan Negara, ikan lumba-lumba dilindungi daripada dieksploitasi dan penyiksaan. Data menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 2’700 ikan lumba-lumba ditangkap dari habitat asal mereka. 53% yang hidup, akan mati dalam masa 90 hari dan setengah dari mereka mati dalam dua tahun pertama akibat terseksa di ‘tempat’ baru, kerana mereka tidak boleh menyusuaikan diri. Kajian menunjukkan bahawa ikan lumba-lumba adalah antara haiwan yang tidak mungkin dapat menyesuaikan diri dalam ‘kurungan’ walau selama mana pun mereka dilatih. NAluri semulajadi mereka adalah di lautan, melompat dan bebas bergerak.
The Dolphins and Sea Lion Show” yang dibawakan oleh LD Sports Sdn Bhd, menampilkan dua ekor ikan lumba-lumba bernama Rio and Karon dan sepasang singa laut bernama Gendon and Brad menunjukkan bagaimana Malaysia dan rakyatnya tidak sentsitif langsung mengenai hak dan isu eksploitasi binatang. Saya merasa dukacita mereka dibenarkan dibawa masuk ke Negara ini. Binatang-binatang ini akan diusung dari Kuala Lumpur kemudian ke Penang dan Johor selama tiga bulan berturut-turut. Cubalah bayangkan bagaimana siksanya mereka terpaksa diangkat kesana kemari hanya kerana ingin memberi “hiburan” kepada manusia.
Rio and Karon dipaksa melakukan tiga pertunjukkan satu hari pada hari biasa dan sehingga lima pertunjukkan sehari pada hari Sabtu dan Ahad! Bayangkanlah betapa penatnya mereka. Sudahlah mereka dikurung dalam penjara buatan manusia. Jika kita pun disuruh bekerja melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, pasti ada perasaan derita di hati bukan? Sekurang-kurangnya kita dibayar gaji dan tidak dikurung dalam ‘penjara’. Mamalia ini Cuma diberi makan ikan mati, yang tidak pun mereka gemari! Diet ikan lumba-lumba, adalah ikan hidup yang segar!
Binatang ini juga punyai perasaan. Sayangnya perasaan ikan lumba-lumab tidak mampu dizahirkan di wajah mereka. Hakikatnya otot di muka ikan lumba-lumba tidak boleh bergerak, oleh sebab itu, sedih atau takut, sakit atau sihat, mereka akan kelihatan sepert ‘tersenyum’ sentiasa.
Persembahan singa laut dan ikan lumba-lumba ini tidak member secebis pun maklumat atau pengajaran berguna kepada penonton yang hadir, yang rata-ratanya terdiri dari golongan anak-anak. Tidak ada sedikit pun cerita mengenai binatang ini, dari mana asalnya, bagaimana habitatnya, apa yang mereka gemari? Mesej yang diberikan kepada penonton adalah – “Tidak mengapa kita bersuka ria, dan bertepuk tangan. Tidak salah kita menangkap ikan lumba-lumba ini dan memaksa mereka menghiburkan kita. Melayan binatang seperti objek hiburan adalah perbuatan yang boleh diterima”. Music yang kuat dan pengacara yang menjengkelkan membuatkan saya merasa begitu simpati sekali kepada haiwan-haiwan ini.
Di akhir pertunjukkan, puluhan manusia akan beratur panjang untuk mengambil gambar dengan ikan lumba-lumba ini dan dikenakan caj tambahan RM15. Ikan lumba-lumba tidak suka disentuh oleh begitu ramai orang! memegang ikan lumba-lumba dengan sesuka hati, menyebabkan mereka merasa tekanan yang amat dahsyat. Tekanan ini menebabkan usus dalaman mereka rosak dan ini boleh membawa kepada kematian.
Tempat ‘tinggal’ Ria dan Karon terlalu kecil pada pandangan saya. Ikan lumba-lumba di lautan menyelam sehingga 150 kaki dan melompat serta berenang beratus-ratus kilometer jauhnya. ‘Penjara’ ini cuma 2.5 meter dalam, saya seperti mahu mengalirkan air mata. Menurut pekerja yan bertugas “sangkar” singa laut lebh kecil lagi. Cara binatang ini dieksploitasi, menunjukkan bahawa manusia sememangnya sangat tamak dan tidak berperikemanusiaan. Haiwan ini dikerah bekerja bagi segelintir untuk mendapat pulangan. Jika Malaysia mahu mencapai status Negara maju, pertunjukkan sebegini sepatututnya tidak dibenarkan dan diharamkan di Negara ini. Saya pasti negara-negara maju tidak akan membenarkan pertunjukkan yang jelas menyeksa binatang-binatang ini masuk ke dalam Negara mereka. Saya lebih terkejut lagi apabila melihat logo Tourism Malaysia tertera di kain rentang pertunjukkan ini, walhal hakikatnya Tourism Malaysia tidak pernah pun bekerjasama dengan penganjur. Bagaimana mereka dengan sesuka hati boleh meletakkan logo Tourism Malaysia tanpa kebenaran. Dan siapakah yang membenarkan pertunujkkan ini masuk ke Malaysia?
Bukalah mata anda semua, bersuaralah dan hentikanlah kekejaman ini! Ikan lumba-lumba ini sepatutnya bebas berenang di lautan bersama keluarga mereka! Saya pasti Malaysia, kerajaan, wakil rakyat, NGO dan rakyatnya peka kepada nasib malang binatang-binatang ini.
INI SURAT SAYA KEPADA AKHBAR-AKHBAR DALAM BAHASA MELAYU....
SAYA NAK TAMBAH LAGI BEBERAPA ISI PENTING....
RIA DAN KARON TELAH DICULIK DARI LAUT JAWA....fakta yang menyedihkan ialah, apabila seekor dolphin diambil dari 'ahli keluarganya' - sekurang-kurangnya seekor ahli yang lain akan mati akibat kesedihan...mereka binatang yang sangat rapat dengan keluarga....
mereka juga mempunyai kulit yang sangat sensitif..apabila dipaksa melompat, bukan shaja usus dalaman mereka pecah dan rosak.... malah kulit mereka sakit
mereka akan mengalami stress yang amat dahsyat secara fizikal dan mental apabila dipaksa hidup dalam penjara buatan manusia, mereka juga akan hilang antara anugerah paling berharga iaitu "eco location". Kerana tiada ikan hidup, hanya dinding konkirt dan air klorin yang amat tidak sihat untuk mereka.
dolphin berkomunikasi dengan sonar....apabila dikurung di satu tempat yang kecil, sonar akan terpantul pada muka dinding dan dipantulkan semula kepada dolphin tersebut, ianya sangat menyeksa dolphin itu.....sakit sebab berdengung-dengung...
SEDIHNYA apabila doplhin dan singa laut ini dibawa ke merata dunia dan KE NEGARA-NEGARA ISLAM seerti syiria, jeddah...dan juga ke negara membangun thailand, vetnam, philiphines....DAN MALAYSIA ....negara maju takkan bagi masuk!!! jelas menganya binatang
saya tidak dapat tidur malam...i have to do something!!! not just sit and be sorry!
sedih bila tengok rakyat malaysia bertepuk-tepuk tangan gembira...cluless and oblivious!!!! SICKENING to the bone!
No comments:
Post a Comment