Sunday, May 10, 2009

Cerita Di Sebalik Lewat Mengerjakan Solat



Aku copy entry orang lain untuk simpanan aku.Sebagai manusia biasa, aku harus belajar.. belajar.. dan walaupun dah belajar..jarang untuk diamalkan dan diperingatkan... maka akan lupa la semua yang aku sudah belajar juga liat untuk aku mulakan semula. Bila mengingatkan pepatah hari ini lebih baik dari esok.. membuatkan aku ingin mencari sesuatu untuk diri aku dan membetulkan apa yang telah menyimpang.Kenapa selalu lewat mengerjakan solat?? Kenapa tidak merasai nikmat apabila melakukan solat? hurmm... kalau tak merasai nikmat.. ibarat macam tak solat la.. Macam Mana aku nak buat?? hummm... dengan kecanggihan teknologi, semuanya dihujung jari.Kita boleh memilih untuk yang terbaik untuk diri sendiri.Ilmu itu akan datang jika kita cari dan akan kekal kalau diamalkan.Cuba mencari booster  untuk diri sendiri.....
..........................................................................................................................................................................

Renungan Kita Bersama. Sembahyang Akhir Waktu. Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya.

Kisahnya... Setiap kita ada malaikat. 
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol disetiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya. MasyaAllah.

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit kedua. Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan. Dilangit ketiga, La.. kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita. 
Jatuh berderai amalan kita.

Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka 
tak sampailah amalan kita kepada Allah.. Seolah- olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya. Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa. Ish. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dah lah tu takde nilai, kena azab lagi nanti.

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu. 
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak. Amin. Kepada yg selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu, dan waktu solat asar hampir dengan azan maghrib. ataupun yang sengaja meninggalkan solat.. ataupun dan biasa tinggal solat... renungilah.


No comments:

Post a Comment