Monday, April 27, 2009

8 perkara pantang bagi lelaki


Semenjak dua menjak ni.. asyik ada masalah dgn budak2 lelaki.. (budak2 ke org besar??) ada yg aku dah block dr ym n ada yg aku dah delete n macam2 lagi... ada yg aku nyampah..ada yg xde salah pon rasanya..( ni masalah aku) nape eh susah faham lelaki??? ke lelaki xfaham perempuan?? ke aku yg masalah ni?? ermm aku cuba belajar la sket2.Kepada sesiapa yg berkenaan yg aku dah delete.. i m sorry la.. n bye. Doesn't mean to hurt all of u.. but dis is what i m.. Artikel ni aku amik kat web dr tuah.. yg aku minat tue... so aku simpan utk rujukan.huhu.rujukan?? for what? huhu..wait n see.. mayb it is useful for me. Ala aku kan minat motivasi neh...hurmm.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Minggu lepas, kita telah bongkar 3 rahsia lelaki yang perlu anda tahu. Sama ada anda anak dara, isteri orang, mahupun janda, anda patut tahu rahsia-rahsia ini. Banyak faedahnya jika tahu rahsia lelaki. Perangai lelaki bukanlah buruk sangat, kalau anda tahu bagaimana mendepani dan menanganinya anda bukan saja disayangi secara jujur bahkan mungkin disanjung-sanjung sepanjang hayat.


Jom kita belajar lagi.
1. Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri. Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda. Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki-lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda ‘buaya’ atau ‘pisau cukur’. Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang.
Lebihkan berbicara tentang masa hadapan dan dia sebagai satu-satunya lelaki yang bertahta di hati anda. Usah banding-bandingkan dia dengan lelaki yang pernah anda kenali. Itu mengundang musibah.
2. Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya. Jagi, jangan gatal-gatal cakap itu ini, begitu begini tentang ibunya. Cakap yang baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.
3. Kenapa suka sangat cerita sejarah silam anda? Tak perlu. Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri. Dia tidak ingin tahu semua itu. Setelah anda bertaubat anggap diri anda bersih. Dia juga akan menganggap begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila anda rasakan ia boleh mengintimkan hubungan. Membocorkan rahsia diri bukanlah caranya untuk hubungan yang aman harmoni.
4. Jika dia telah pun bergelar suami, usah sentuh soal kejantanannya yang mungkin telah menurun selari dengan bertambahnya usia. Dia memang tak suka dengar, tak suka bincang dan tak suka berubat. Apa yang anda boleh lakukan ialah carikan penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya secara rahsia. Jangan sekali-kali perlekeh dan perkecilkannya. Dia boleh mengamuk gila.
5. Dia tak suka sama sekali jika dipersalahkan, meskipun jelas dia bersalah. Misalnya anda balik kampung dan dia memandu, tiba-tiba dia mengambil jalan lain untuk short-cut, tiba-tiba tersesat dan sampai ke rumah lewat beberapa jam dari selalu. Lalu anda pun asyik menyalahkannya dan menceritakan hal itu kepada mentua anda, ibunya. Anda sengaja mencari nahas dengan berbuat begitu.
6. Sokong dia atas semua masalah yang dihadapinya, terutama dengan bos, dengan kawan-kawan, bahkan minat dia pun anda perlu sokong. Jangan tatkala dia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman sekerja, anda tokok tambah lagi serta menyalah-nyalahkannya, ini sangat menyakitkan hatinya. Anda tahu apa yang akan dilakukannya selepas itu? Selepas itu dia tidak akan bicara lagi dengan anda. Dia akan menjadi orang lain untuk bercakap. Jika kebetulan orang itu adalah wanita, akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan dibanding-bandingkan. Bersiap sedialah untuk diduakan. Sentiasalah berdiri di pihaknya. Jika perlu memberi pandangan, gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama sekali egonya.
7. Jangan puji lelaki lain di hadapannya. Jika tertarik pun diam saja dan simpan dalam hati. Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat, memuji-mujinya secara berlebihan akan mengundang rasa tidak senang. Silap-silap dia akan cap anda ‘gatal’.
8. Lelaki penuh dengan keegoan. Meskipun dia berpendidikan rendah daripada anda, usah perkecilkannya. Minta pendapatnya selalu apabila nak buat keputusan. Berikan dia kuasa memimpin. Jangan fikir mentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya, anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan. Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak di tangannya. Anda boleh memberi cadangan, jangan asyik bangkang.
Itulah dia 8 perkara yang tak disukai oleh kebanyakan lelaki. Ambil kisah dan berhati-hatilah. Semoga hidup anda bahagia di sampingnya. Amin.

2 comments:

  1. "Anda boleh memberi cadangan, jangan asyik bangkang.
    Itulah dia 8 perkara yang tak disukai oleh kebanyakan lelaki. Ambil kisah dan berhati-hatilah. Semoga hidup anda bahagia di sampingnya. "
    Aku harap ko leh guna point yg nih. Utk masa depan ko gak.

    ReplyDelete
  2. ok tq.. tp slalunya aku akan terbangkang jugak..huhu.

    ReplyDelete