Thursday, April 30, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Ruginye aku xpegi pesta buku tu hari tu.. disebabkan masa yg mencemburui.. aku pun terpaksa la tangguhkan aktiviti yg aku suka.. iaitu mencari buku!! Selain dari buku Dr Tuah.. aku dah mula minat dengan buku-buku dari karangan Ust Hasrizal.. nampak menarik.. waa... teringinnyerr nak ada buku tu... dah cari kat MPH kat Plaza Alam Sentral.. tp tak ada...waa.. Buku yg pertama aku nak kalo boleh adalah buku aku terima nikahnya ... so akan aku usahakan utk dapatkan buku tu.. Aku ingat nak hadiahkan dekat paksu aku sempena dia nak kahwin nnt.. tp mcm syg nak bg buku tu kat dia.. yela.. sbb aku pon belom dpat lg.. kalo senang dapat xla aku kedekut cmni...hihi. Dah baca dr saifulislam.. dia ckp boley tempah kat mph secara online.. ehmm nnt la aku cuba..Kalo la aku pergi pesta tu hari tu mesti dapat diskaun n dapat trus ketiga-tiga buku nih.. hurmm.. xde rezeki.Kenapa aku suka buku2 mcm ni?? yela dr aku beli komik.. sekali baca aku dah tau jalan cerita dan lepas tu aku dah bosan.. lain la kalo beli buku yg ada unsur ilmiah ..kan boley baca byk kali.. dah tuu boley la wariskan buku tu nnt so xla rasa rugi...hehe ye x??pandaiinyeRRr.. Lagipon buku2 ni ada selitkan unsur2 pengembaraan.. mcm dr tuah.. kalo dia g jejalan dia akan ceritakan sedikit pasal tempat yg dia pergi tu.. jadi aku dah terupgrade la ilmu aku pasal negara2 yg aku xpenah pergi tue.. sama la mcm Ustz Hasrizal..dia ada ceritakan pengalaman dia .(aku rasa la.. dr apa yg aku baca mcm tu laa.. dats y la aku nak sgt buku tue..huhu).InsyaAllah.. kalo ada rezeki ,dapat jugak buku ni nnt.. ada usaha,ada la hasilnye.







The meaning of your name??

You Are Brilliant and Stubborn
You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.
You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.
But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.

You are usually the best at everything ... you strive for perfection. 
You are confident, authoritative, and aggressive. 
You have the classic "Type A" personality.

You are very charming... dangerously so. You have the potential to break a lot of hearts.
You know how what you want, how to get it, and that you will get it.
You have the power to rule the world. Let's hope you're a benevolent dictator!

You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.
You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.
You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.

You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.
You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.
You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.

Monday, April 27, 2009

8 perkara pantang bagi lelaki


Semenjak dua menjak ni.. asyik ada masalah dgn budak2 lelaki.. (budak2 ke org besar??) ada yg aku dah block dr ym n ada yg aku dah delete n macam2 lagi... ada yg aku nyampah..ada yg xde salah pon rasanya..( ni masalah aku) nape eh susah faham lelaki??? ke lelaki xfaham perempuan?? ke aku yg masalah ni?? ermm aku cuba belajar la sket2.Kepada sesiapa yg berkenaan yg aku dah delete.. i m sorry la.. n bye. Doesn't mean to hurt all of u.. but dis is what i m.. Artikel ni aku amik kat web dr tuah.. yg aku minat tue... so aku simpan utk rujukan.huhu.rujukan?? for what? huhu..wait n see.. mayb it is useful for me. Ala aku kan minat motivasi neh...hurmm.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Minggu lepas, kita telah bongkar 3 rahsia lelaki yang perlu anda tahu. Sama ada anda anak dara, isteri orang, mahupun janda, anda patut tahu rahsia-rahsia ini. Banyak faedahnya jika tahu rahsia lelaki. Perangai lelaki bukanlah buruk sangat, kalau anda tahu bagaimana mendepani dan menanganinya anda bukan saja disayangi secara jujur bahkan mungkin disanjung-sanjung sepanjang hayat.


Jom kita belajar lagi.
1. Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri. Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda. Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki-lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda ‘buaya’ atau ‘pisau cukur’. Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang.
Lebihkan berbicara tentang masa hadapan dan dia sebagai satu-satunya lelaki yang bertahta di hati anda. Usah banding-bandingkan dia dengan lelaki yang pernah anda kenali. Itu mengundang musibah.
2. Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya. Jagi, jangan gatal-gatal cakap itu ini, begitu begini tentang ibunya. Cakap yang baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.
3. Kenapa suka sangat cerita sejarah silam anda? Tak perlu. Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri. Dia tidak ingin tahu semua itu. Setelah anda bertaubat anggap diri anda bersih. Dia juga akan menganggap begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila anda rasakan ia boleh mengintimkan hubungan. Membocorkan rahsia diri bukanlah caranya untuk hubungan yang aman harmoni.
4. Jika dia telah pun bergelar suami, usah sentuh soal kejantanannya yang mungkin telah menurun selari dengan bertambahnya usia. Dia memang tak suka dengar, tak suka bincang dan tak suka berubat. Apa yang anda boleh lakukan ialah carikan penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya secara rahsia. Jangan sekali-kali perlekeh dan perkecilkannya. Dia boleh mengamuk gila.
5. Dia tak suka sama sekali jika dipersalahkan, meskipun jelas dia bersalah. Misalnya anda balik kampung dan dia memandu, tiba-tiba dia mengambil jalan lain untuk short-cut, tiba-tiba tersesat dan sampai ke rumah lewat beberapa jam dari selalu. Lalu anda pun asyik menyalahkannya dan menceritakan hal itu kepada mentua anda, ibunya. Anda sengaja mencari nahas dengan berbuat begitu.
6. Sokong dia atas semua masalah yang dihadapinya, terutama dengan bos, dengan kawan-kawan, bahkan minat dia pun anda perlu sokong. Jangan tatkala dia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman sekerja, anda tokok tambah lagi serta menyalah-nyalahkannya, ini sangat menyakitkan hatinya. Anda tahu apa yang akan dilakukannya selepas itu? Selepas itu dia tidak akan bicara lagi dengan anda. Dia akan menjadi orang lain untuk bercakap. Jika kebetulan orang itu adalah wanita, akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan dibanding-bandingkan. Bersiap sedialah untuk diduakan. Sentiasalah berdiri di pihaknya. Jika perlu memberi pandangan, gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama sekali egonya.
7. Jangan puji lelaki lain di hadapannya. Jika tertarik pun diam saja dan simpan dalam hati. Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat, memuji-mujinya secara berlebihan akan mengundang rasa tidak senang. Silap-silap dia akan cap anda ‘gatal’.
8. Lelaki penuh dengan keegoan. Meskipun dia berpendidikan rendah daripada anda, usah perkecilkannya. Minta pendapatnya selalu apabila nak buat keputusan. Berikan dia kuasa memimpin. Jangan fikir mentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya, anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan. Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak di tangannya. Anda boleh memberi cadangan, jangan asyik bangkang.
Itulah dia 8 perkara yang tak disukai oleh kebanyakan lelaki. Ambil kisah dan berhati-hatilah. Semoga hidup anda bahagia di sampingnya. Amin.

Lirik : Permata Untuk Isteri

Memalam dengar lagu ni best jugak.. sambil study.. walaupun agak xsesuai dgn situasi.. yela aku kan ehem2 lagi..huhu.Lagu ni agak klasik.. n bagi aku agak mendamaikan..hehe..layan jerr..

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Sunday, April 26, 2009

Merapu..je time2 study week.

Lagi beberapa hari nak final untuk last paper.. tp xleh nak fokus la... byk hal aku fikir..nape...napee napee??? y?y? n y?how?how? n how?  xtau cmne nak mula la pulak... nak dapat mood study ni kadang2 susah la jugak kalo xterpaksa...kalo esok nak exam tu sehari 1 buku leh hbs.. tapi kalo seminggu nii..liat la pulakkk..hadeii.skarang aku duduk kat umah mak cik pulakk.. so xde feel belajar maa.. nak main je tau.. pikir2 nape xnak start2 study ni.. dah byk kali pegang buku.. buka.. pastuu ...zZzzzz...hurmm.Then baru aku tauu... kalo kat kolej.. ada benda palam telinga aku.. huhu..aku lupa bawa headphone leee... patot le xnak study2... sbb byk pikir....kalo palam telinga xla aku terawang2... tgk sana sini... mcm monyet la pulakk..hehe.ntah pape.. 

Petang td, mak cik aku bawa g jejalan g pasar malam.. yuhu.. asal datang umah dia.. mcm2 aku dapat.. ni buat aku segan nih..dalam segan tu pon bila dia tanya nak apa.. aku tunjuk je apa aku nakk.. "nak air apa?"... "adik nak ice blended boleh??"(hihi..sepupu aku yg kecik pon sokong.. yela mama.. nak ice blended..yes2!!) "nak makan apa?".. "ermm nak yong tau fu leh x.. xnak makan nasi lah..adik  xlalu"( demand..huhu.biar le skali skala je pon..ngeh2).Tu la aku.. segan tp... hurmm... Bila aku xnak datang umah mak cik aku sebb segan.. pak cik aku terasa la pulak pastu ckp  kat abah aku yg aku xnak dtg umah dia la pulakk.. hurmm serba salah aku.Bukan xnak dtg.. tp xnak menyusahkan.. ntah apee la aku pikir ni.. aku pon xpaham da..so.. abah aku ckap.. hg kena p jugakkk.. xleh wat perangai lagu tuu depa tu sedara kita ... haiya... kena la bertindak mengikut arahan bos(aku takot kat bos n sayang amattt dekat dia hehe).OK BOS!! So demi mengambil hati org2 tua.. i dah dah ade kat umah mak cik aku..yuhuuUu...dapat la pulak t-shirt sepasang n blouse sehelai.. event yg mak cik aku punya..dah oreng bagi.. amik jelerrr..

Kira punya kira.. 5/5/2009 selasa ptg aku mayb dah kat kedah.. yeaaAA..  xsabarnyee.. Roomate aku tanya.. kalo hg balik umah nnt apekebendaa yg hg nak buat???  haha..ape lagi.. kek la.. (hurmm bulat pulak le cuti ni) xpun g jejalan... bw anak sedara aku jalan2.. arghh xsabarnye.hurmm.. pikir balik xkan tu je aktivitinye?? ntah la belum difikirkan lg.dok je la tersepuk dalam rumah tuu.. nak p jalan mana sgt aih.huhu.Soo... sekarang dah p study.. main byk betol minah sekoq neh.. Sbb xde mende nak letak.. so akan aku merapu merapat kat sini..huhu.daaa

Saturday, April 25, 2009

Penyimpanan Data Online Secara Percuma

Kini ada beberapa servis penyimpanan data online secara percuma diinternet.Antara yang popular adalah Skydrive, ADrive, Google, box.net dll.Untuk menggunakannya, perlu mendaftar dan transfer files melalui webinterface atau 3rd-party software seperti Gladinet.

Microsoft Windows Live SkyDrive is a free online storage service,offering up to 25GB of disk space.http://skydrive. live.com

ADrive offered 50GB FREE Online Storage.http://www.adrive. com/

For easier access to online storage services, introducing Gladinet.http://www.gladinet .com/Gladinet is a free Windows application that makes it easy to view andmanipulate files stored in online services like Google Docs, PicasaWeb Albums, Windows Live Skydrive, ADrive and Amazon S3. Instead ofusing the web interface in a browser, Gladinet mounts a network driveand lets you access the files from remote servers in Windows Explorer.

New Start or what?

salam, dah lama xtulis.. so terasa nak menulis malam ni.. sebelum ni aku tutup blog ni, mulanya nak edit.. nak tukar template dia tp tetiba je ade je post aku yg terdelete.hurmm.. xpelah.dah terkebumi..nak wat cmne lg.so skrg aku buka balik sbb dah dpt semangat br... br xla bru sgt.xde keje.. melihat roomateku yg tdo nyenyak.. terasa mcm best lak kalo leh tdo cmtu..malangnye jadual tdo dah berubah sejak start study week.. asal tgh malam je dah xleh tdo.. mata nak merayap la pulak.. hurm...

Esok akan tercatat 1 lg sejarah keluarga aku.. tokwan aku kawin.Maghrib td aku telefon dia.. nak ucap tahniah le kononnye..hurmm.. sedey jugak bila tokwan aku tanya... xbalik ke??? terpaksa la aku ckp ada exam walaupun ada cuti seminggu ni... hurmm...aku ingat dia kawin bulan 5.. tetiba je dpt panggilan telefon makcik aku yg kreko.. "apa ghasa nak dapat tok baru?" aku ckp baguih laa.. leh dpt baby baru..hehe.(xlogik2..tokwan aku dah 70++ n bakal tok aku 59).saja berseloroh ngan mak cik aku yg ska usik aku tu..kalo dia telefon..ade je yg nak dia leterkan..hurm.. so aku dah xleh ubah jadual aku. mggu ni nak kena g umah makcik aku.. amik bebarang utk masuk umah baruu... yeaa... xyah dok kolej dah.(adakah ini satu petanda buruk?atau akan berlaku keajaiban??? misteriiii..hehe).so grandfather i m sorry la.. i belikan hadiah utk u ok...(hurm nak beli ape?? aku tanya td xpulak dia ckp.xkan nak beli botol susu lg?xsurpriseee..akan ku pikirkan apa yg sesuai.)

So , tggl lg 1 paper.. 2/5/2009 is the last..yuhuUu..pastu leh balik kampung.Boley la jumpa tok baru aku..lalala..n yg plg spesial adalahhh... anak buah akuu.. waa rindunyerrr.. dah boleh jalan..jelesnye abang aku bawa dia jalan..uhuk sggh xadil!!. hmm walaupun agak tertekan dgn paper yg berderet2.. tp syukur la dah nak hbs.Harap2 xde la yg repeat.Kalo ade. hurmmm repeat je la.Ok tu je rasanye repekkan aku.. nak cuba tdo sb esok da nak try naik komuter sengsorg.nak g umah makcik aku.hurmm tula waktu kwn2 ajak xnak pegi.. skrg sape susah.. terpaksa belajar sendiri..huhu.ok adioss.