Ramai org suka chating utk memenuhkan masa lapang.Ramai juga org yg menjadikan chatting hobi baru dalam hidupnya. Chatting telah mula menjadi budaya anak- anak muda malah org dewasa yg kerap berasa sunyi.
Awas, jangan jangan terperangkap dalam dunia chat. Chatting itu indah tetapi kita tidak pernah tahu siapakah sebenarnya org dihujung sana. Kata-katanya mungkin menawan, maka kita pun terbayangkan wajah tenangnya seperti yg selalu kita idam-idamkan. Hakikatnya , kita tidak pernah tahu siapakah dia sebenar-benarnya. Boleh jadi buaya besar atau sang penipu yg sedang melemparkan byk umpan, dan anda salah seorg mangsa- mangsanya.
Oh, dia telah menghantarkan wajahnya melalui internet untuk tatapan anda, maka anda amat pasti dia memiliki wajah yg menarik yg boleh dipercayai. Awas , siapa tahu itu bukan wajah sebenar.Kamera juga boleh menipu. Org yg tidak cantik boleh menjadi fotogenik di hadapan kamera. Org yg tidak tampan juga boleh kelihatan macho. Kamera digital boleh melakukan semua perkara. Malah kecanggihan IT boleh meletakkan kepala artis terkemuka di atas badan org lain. Jangan terperangkap oleh enaknya buaian kata-kata. Selagi namanya dunia siber, kita mmg patut berasa sangsi walaupun untuk percaya itu hak peribadi.
Tidak sedikit aduan yg saya terima daripada para wanita yg akhirnya menjadi mangsa alam tak nampak tapi mesra. Apa lagi kalau bukan chating.Membaca tulisannya membuatkan anda khayal dan tenggelam dalam imaginasi liar. Anda membayang-bayangkan kalau begitulah hebat kata-katanya, tentu dia seorg yg prihatin, penyayang dan boleh diharap.
Hakikatnya, ramai wanita menjadi mangsa si penipu yg hanya bermodalkan kata tanpa wajah. Seorg wanita memberitahu sy bahawa dia jatuh cinta dengan seorg rakan chaters, akhirnya bertemu dan hampir bernikah. Tahu-tahu lelaki itu bersuami org yg telah beranak-pinak. Tatkala rahsia ini pecah, perasaan cintanya sudah membukit dan dia tidak mampu berpisah lagi.
Maka hubungan itu diteruskan dan akhirnya berkahwin. Sebaik sahaja perkahwinan dilangsungkan, masalah pertama telah mula menampakkan wajah. Seterusnya , adalah hari - hari yg penuh derita dan air mata.
Bukanlah pula maksud saya hendak melarang anda memperalatkan dunia chatting untuk membina jodoh, tapi hati - hati . Berhati - hati sentiasa lebih baik daripada ikutkan hati. Jangan korbankan apa-apa sehingga anda bertemu muka dengannya. Ramai wanita sanggup menyerahkan wang pada rakan chatters kerana terpengaruh dengan pelbagai cerita . Usah terlalu mudah lemah hanya oleh rayuan dan kata-kata sedih sehinggalah anda benar-benar kenal siapa dia.
Chatting itu best, samalah seperti kita bermain SMS. Tapi awas, apabila anda mula menerima gambarnya melalui alam siber, sentiasa ingat gambar tidak selalunya mempamerkan rupa sebenar. Dunia chatting indah tetapi bersamanya ada padah. Jika anda mendapat teman chatters yg kerap memujuk, merayu dan kadangkala mengugut, dia mungkin berlindung di sebalik kecanggihan teknologi untuk menyembunyikan wajahnya yg sebenar. AWAS!
- Membina Peribadi Anggun-
-Dr Tuah-
No comments:
Post a Comment